Saturday, 15 June 2013

LUAHAN KOT

Assalamualaikum..
Dah lama tak menulis, tiada apa yg hendak dikatakan walaupun byk jugak nak dikatakan...Semalam selesai menghantar adik perempuan ke Kolej Matrik Pulau Pinang. Kes rayuan, tapi Alhamdulillah la dapat walaupun jauh tak ingat.
Dari Kijal ke Kuantan ayah yang hantar. Adik pergi dengan mak. Dari Kuantan naik bas ke Changlun. 9 mlm Rabu bertolak sampai Changlun 9 pg Khamis. Jumaat hantar la si adik ke Penang, untuk pendaftaran. Selesai. Selamat belajar Kak Lang..
Ini kisah si Mak.
Beli tiket untuk pulang ke Kijal. Tiket bas memang tiada ke Kijal. So beli tiket ke Kuantan dari Changlun,bertolak hari Sabtu jam 7.00 petang!!! Harga tiket RM62.00. No hal. Penjual bagitau datang 15 minit awal. Ok! No hal!!!
Sampai sana, tunggu..........pi tanya dia, mana bas. Dia kata bas lambat sampai dari Kuantan,so bas akan tunggu di Shahab Perdana, Alor Setar. Then???? Dia kata pihak syarikat akan tanggung kos hantar ke Shahab Perdana naik teksi.!Pulak dah! Ada 8 org penumpang di Changlun yg akan naik 2 buah teksi. Termasuklah 4 orang perempuan Vietnam nak ke Temerloh. Aku tahu pasal diaorang tanya betul ke kena naik teksi ke Shahab Perdana...
So, mak aku naiklah teksi jam 7.15petang dengan 3 orang lagi penumpang perempuan dari Changlun ke sana......
pukul 8.15malam, telefon mak ,tanya dah naik bas ke belum? Rupanya tak sampai lagi ke Shahab Perdana,pasal jalan jem. Giler!!! Mak aku bagitau, drebar teksi pun dah kalut, telefon penjual tiket  bagitau bas suruh tunggu la kat sana pasal diaorang tak sampai lagi. Ok...
Sampai sana, diorang bagitau pulak bas sampai kul 9 malam. Pulak..........haprak betoi.
kul 10 mlm telefon lagi mak,dah naik bas ke belum. Mak bagitau, dah naik bas....TAPI kena naik bas lain pulak,bukan naik bas yang sepatutnya. Kena naik bas lain ke Sg Petani, bas yg sepatutnya, tunggu kat Sg Petani. Hampeh lagi. Pukul 10.46 malam, Mak telefon, dah sampai Sg Petani, dan dia dah naik bas yg sepatutnya iaitu bas SHAMISHA!!!!.. Tapi bas tak gerak lagi. Bagitau kat Mak, takperlah,at least dah boleh naik bas yg sepatutnya! Alhamdulillah setakat ini. Semoga dapat sampai ke rumah dengan selamatnya...
Nak jadi cerita, penumpang Vietnam tadi, Mak bagitau diaorang entah hilang ke mana, tak naik pun bas dari Shahab Perdana ke Sg Petani.HMmmm..kesian.tapi takperlah, janji Mak aku selamat naik. Dahla sorang2.
Selesai...luahan hati.tidur,esok kerja . ada sambutan hari guru yg ditunda...............

No comments: