Assalamualaikum semua...
Dah lama tak menulis. Puasa dah abis. Raya pun dah abis. Menunggu Trial SPM 2013 pelajar2 aku pulak sebaik sahaja bukak sekolah ni 18/8/2013. Selepas itu, menunggu SPM 2013 dan PAT 2013 bg pelajar tingkatan 4 terutamanya 4 IKHLAS....4 IKHLAS tersayang.
Ni nak cerita sikit. Pernah dengar citer kisah Lukmanul Hakim dan anaknya beserta seekor keldai tunggangan mereka? Pasti semua sudah mendengarnya,bukan. Pasti semua tau dan menyampah dengan perlakuan bangsa Israel yang asyik tidak puas hati dengan apa yg telah dilakukan oleh Lukmanul Hakim dengan anaknya. Apabila Lukmanul Hakim menunggang sambil si anak memegang tali keldai, dikatakan si anak tak berhati perut.Bila sebaliknya, dikatakan si bapa tak berhati perut pulak. Bila kedua2 nya tak menunggang, dikatakan bodoh kerana tak menggunakan kenderaan ( keldai ) yang ada. Bila ditunggang bersama-sama, dikatakan zalim dan menyeksa si keldai. Begitulah manusia.
Semuanya tidak kena. Kita yg mengetahui cerita ini pun sebenarnya ada yang bersikap seperti bangsa Israel yg bercakap terhadap Lukmanul Hakim dan anaknya. Percaya atau tidak ? Cuma jalan ceritanya sahaja yang tidak sama!
Nak tau? Contohnya ialah...
Kalau kita ada seorang kawan yang gemuk contohnya.
Situasi 1: Apabila kawan kita itu makan dan mengambil makanan yang banyak, kita terus katakan pada kawan kita itu. Amboi, banyaknya kau makan, padanlah badan kau gemuk. Cubalah berdiet sikit. Kata kita terhadap kawan kita tersebut. (walhal kawan kita itu lapar dan berbaloilah dengan saiz tubuhnya yang besar).
Situasi 2 : Apabila kawan kita itu makan dan mengambil makanan yang sedikit, kita terus katakan pada kawan kita itu. Amboi, sikitnya kau makan. Nak berdiet ke? Nanti kau pengsan pulak tak cukup makan. Susah aku nak mengangkat kalau kau pengsan nanti. Kata kita terhadap kawan kita tersebut. (walhah kawan kita itu dah makan tadi dan masih kenyang)
Jadi apa kesimpulannya dari kedua- dua situasi ini? Samalah sahaja kita ni dengan bangsa Israel dizaman Lukmanul Hakim dan anaknya cuma ceritanya berbeza. Sebenarnya banyak lagi contohnya daripada diatas, seperti kalau kawan kita tu kuruske, cerdik ke,bodohke,tak hensemke,hensem ke dan sebagainya. Jadi ingatlah, jangan terlalu mengatakan kepada orang lain ikut suka je. Macamla kita ni maksum sgt. Baik senyap sahaja kalau rasa nak bercakap benda tak elok..
Sekian,untuk waktu ini.
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment