Tuesday, 13 August 2013

Ukasyah ibnu Mihsan

Mari mengenal salah seorang sahabat Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.
Beliau merupakan salah seorang pahlawan yang lahir di medan perang Badar. Dalam peperangan tersebut, beliau berlawan bersungguh -sungguh sehinggakan pedang yang digunakannya telah patah. Lalu baginda yang melihat kejadian itu menghampiri Ukasyah sambil membawa sebatang pohon dan memberikan kepada Ukasyah untuk digunakan dalam peperangan menggantikan pedangnya yang telah patah itu. Tiba-tiba batang pohon tersebut telah bertukar menjadi sebuah pedang tajam yang panjang,kuat dan berkilat. Maka Ukasyah pun menggunakan pedang tersebut untuk berjuang dalam peperangan tersebut. Pedang tersebut akhirnya menjadi senjata handalan dalam setiap peperangan yang diikutinya bersama Rasulullah .

Akhirnya Ukasyah telah syahid ketika pertempuran Riddah. Beliau telah dibunuh oleh Thulaihah al-Asadi yang ketika itu mengaku sebagai seorang nabi. Setelah Thulaihah menyedari kesalahannya dia telah kembali kepada Islam. Ketika Umar ibnu Khattab bertanya kepada Thulaihah,adakah engkau yang membunuh Ukasyah? Dia telah menjawab, Ukasyah telah menjadi orang yang bahagia (menjadi syahid) kerana diriku dan aku menjadi celaka kerana dirinya, tetapi aku memohon ampun kepada Allah..

Itulah antara cerita sahabat nabi ini..

No comments: